Siapa
Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan
Ilahi…
Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata
manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU
1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya
apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama
ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang
padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya
untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang
wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia
tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam
untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia
ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian
rupa.
3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka
dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah
dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan
pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala
gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak
pernah surut.
4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan
salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita
yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan
hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari
yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya
menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti
ketakutan akan azab YANG ESA.
5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang
lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang
melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang
wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah
melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang
memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.
6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang
datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang
pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini
bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah
yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan
kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana
melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN
ILLAHI
dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga
tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam
untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan
diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka
sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang
dipohon kepada YANG ESA.
Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku
memandang.Cantik itu subjektif!