My Simple Diary ! .: Share Petua untuk menjadikan Bibir Merah

Share Petua untuk menjadikan Bibir Merah

Hari ni tetiba plak rasa nak update blog. Nak buat rajin jap apa salahnya kan..hihi
Jom baca ni , Iera nak kongsi petua untuk merahkan bibir. InShaa Allah mujarab sebab Iera sendiri dah cuba lakukan petua ni. Petua ni senang jer , kalau sesiapa nak cuba boleh lar. Lagipun Iera sendiri dah cuba sebab bibir Iera sedikit hitam sebab faktor faktor tertentu. Jom kita sama sama amalkan. Tak rugi pon..hihi
Jom follow petua ni:
1. Menyapu mentega atau marjerin pada permukaan bibir setiap hari dan dilakukan sebelum tidur.
2. Menyapu madu ke permukaan bibir sebelum tidur. Petua ini juga boleh dilakukan setiap hari.
3. Memberus bibir selepas selesai memberus gigi. Dengan cara ini boleh membuang sel sel kulit yang rosak serta memerahkan bibir.
4. Menyapu kuning telur pada permukaan bibir dan dilakukan sepeti menggunakan madu.
Ok..kat atas semua tu petua yang pernah Iera guna untuk merahkan bibir. Memang mujarab , tapi macam biasa lar. Kena ambil masa sdikit untuk lihat perubahan tu kan. Tapi dalam masa seminggu tu dah boleh nampak perbezaan dia. Tengok pada bibir juga. Kadang kadang tu ada sampai dua atau tiga minggu baru boleh nampak perubahan pada bibir. Sampai di sini saja Iera dapat tulis dan kongsi petua ni. Selamat mencuba untuk Warga Blogger.
Sebelum Iera selesaikan post ni , Iera ucapkan Salam 8 Ramadhan untuk warga Blogger yang beragama Islam. Jangan ponteng puasa yer.. ;) Wassalam.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 Si Comey Comment:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen