My Simple Diary ! .

Salam Syawal dan Perpisahan dengan My Sis

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk warga Blogger. Lambat update untuk raya ni..hewhew. 
Alhamdulillah , raya tahun ni sangat bermakna bagi family Iera. Semua balik walaupun ada yang balik lewat. 
Iera nak share gambar gambar yang sempat snap time raya tu. Dah taktaw nak update apa dah ni. Share gambar lar jadinya..hihi. 
My Beloved Family !! Ada yang balik lewat. Tak sempat nak snap gambar sekali.
Family Kak Nija (Along)
Sweet picture with my mom..hihi
Bersama budak nakal Achik (Muhammad Marwan Mustaqin)
Dalam masa yang sama , Iera dan family sangat bangga dengan akak sulong kami sebab dapat berkhidmat di Riyard, Arab Saudi tahun ni. Berkhidmat sebagai Nurse di sana. Tapi perpisahan itu sangat memilukan. Take care Kak Nija. We LOVE you !!
Gambar ni masa dekat airport Sepang. Hantar Kak Nija naik flight.
Ok , sampai di sini saja. Tangan dah minta berhenti menaip..hihi. Akhir kata dari Iera, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Wassalam.








Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Iftar Bersama Kawan Kelas (DIPLOMA ELECTRICAL ENGINEERING)

Alhamdulillah settle jgak iftar bersama sama kawan kelas sempena tahun akhir sebagai student Diploma in Electrical Engineering. Dengan bantuan semua kawan , akhirnya dapat jgak adakan majlis macam ni. Alhamdulillah berjalan dengan lancar.
Bersama kawan seperjuangan. Gambar tak elok..hewhew
Zulaiha dan Wanniza
Muka orang kenyang..hihi
Kenyang makan Steambot banyak sangat..hewhew
Budak Qlate.
Inilah kemeriahan kami semasa Iftar bersama.
Hamiza , Zulaiha dan Wanniza
Kenangan yang tak dapat dilupakan. Sweet Moment.
Gambar kenangan semasa berbuka puasa. Hihi..student perempuan ada 6orang jew. Biasa lar..ni kan DET. Tapi , apa apa pun sangat gembira selepas selesai mengadakan majlis ni. Walaupun hanya sederhana..alhamdulillah berjalan dengan lancarnya.
Sebelum itu saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua blogger yang beragama Islam.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

First Mini Giveaway by Liyana Jasmi .

 Assalamualaikum dah hello, bloggers !


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Dilanda Rindu Halaman Kampung

Salam 9 Ramadhan untuk warga Blogger yang beragama Islam. Dah seminggu lebih kan kita berpuasa. Alhamdulillah. Ada sesiapa ponteng puasa ek..hihi. Gurau jew OK. Iera update blog ni sebenarnya taktaw nak buat apa dah. Hari ni kelas habis awal lar plak. So banyak masa free. Jadi jalan mudah nak hilangkan rasa boring sesangat ni , Iera update blog lar.
Iera update blog ni pon sebab tengah sedih tak boleh balik kampung..sobsob. Sabar lar wahai hati. Tanggungjawab sebagai student memang kena banyak bersabar. Tapi rindu sesangat dengan suasana puasa di kampung. Rindu Mama. Rindu Adik yang selalu cari gaduh dengan dia..hihi. Rindu semua lar.. 
That's my Beloved Mum. Orang yang paling Iera rindu dan perlukan sangat sangat. Rindu masakan dia masa nak berbuka puasa. RINDU !! Ya Allah..Engkau lindungilah orang yang aku paling sayang ini. Dia lah satu satunya insan yang sangat bermakna untuk aku dan adik beradikku..aminn ~
Ni plak anak sedara Iera yang paling nakal. Yang ni pon suka cari gaduh dengan Iera..hihi. Cik Mirah rindu sangat sangat kat Aliff !! Tak sabarnya nak blek raya nanti. wink wink.
Kat atas tu gambar lama semasa Paksu kawen. Gambar ni sangat bermakna pada Iera sebab yang penting kat situ sebenarnya , Iera masih lagi ada gambar kenangan bersama arwah Tok Wan. Ingat lagi masa kecik kecik dulu time mengaji dengan Tok Wan , kalau salah baca mesti kena jentik tangan..hihi. Ya Allah...rindu sangat sangat dengan arwah Tok Wan. Tok Wan baek sangat dengan cucu cucu dia. Ya Allah..Engkau tempatkanlah arwah Tok Wan dalam kalangan orang orang yang beriman..aminn~
OK lar..sampai sini jew Iera dapat kongsi cerita Iera. Sedih tetiba jew kalau ingat kenangan dulu dulu kan..hihi. Wassalam.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Share Petua untuk menjadikan Bibir Merah

Hari ni tetiba plak rasa nak update blog. Nak buat rajin jap apa salahnya kan..hihi
Jom baca ni , Iera nak kongsi petua untuk merahkan bibir. InShaa Allah mujarab sebab Iera sendiri dah cuba lakukan petua ni. Petua ni senang jer , kalau sesiapa nak cuba boleh lar. Lagipun Iera sendiri dah cuba sebab bibir Iera sedikit hitam sebab faktor faktor tertentu. Jom kita sama sama amalkan. Tak rugi pon..hihi
Jom follow petua ni:
1. Menyapu mentega atau marjerin pada permukaan bibir setiap hari dan dilakukan sebelum tidur.
2. Menyapu madu ke permukaan bibir sebelum tidur. Petua ini juga boleh dilakukan setiap hari.
3. Memberus bibir selepas selesai memberus gigi. Dengan cara ini boleh membuang sel sel kulit yang rosak serta memerahkan bibir.
4. Menyapu kuning telur pada permukaan bibir dan dilakukan sepeti menggunakan madu.
Ok..kat atas semua tu petua yang pernah Iera guna untuk merahkan bibir. Memang mujarab , tapi macam biasa lar. Kena ambil masa sdikit untuk lihat perubahan tu kan. Tapi dalam masa seminggu tu dah boleh nampak perbezaan dia. Tengok pada bibir juga. Kadang kadang tu ada sampai dua atau tiga minggu baru boleh nampak perubahan pada bibir. Sampai di sini saja Iera dapat tulis dan kongsi petua ni. Selamat mencuba untuk Warga Blogger.
Sebelum Iera selesaikan post ni , Iera ucapkan Salam 8 Ramadhan untuk warga Blogger yang beragama Islam. Jangan ponteng puasa yer.. ;) Wassalam.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan untuk semua warga yang beragama Islam. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari sebelumnya. InShaa Allah.
Tahun ni sambut Ramadhan berjauhan dari family. Memang kena banyak sabar dan perlu tempuhinya sebab memang dah adab student. Yang paling memilukan bila tak jadi nak balik kampung untuk sambut awal Ramadhan dengan family. Dan terpaksa buat Ibu terasa sebab dah janji nak blek tapi ada problem plak.. :'(
Dah dah dah.. Jangan sedih sedih lagi..tak elok. Kena terima sebab dah memang sebagai seorang student kena bersabar bila berjauhan dengan family tercinta. Haa..jom kita happy happy sikit. Nak fikir apa yang nak dimasak untuk berbuka nanti. Nak save bajet macam ni lar jawapnya. Apa apa pun untuk kebaikan diri jgak. Nak fikir kojap.. hurmm *Duk fikir ni..hewhew
Sebelum tu nak bagi pesan sikit. Kita boleh sama sama amalkan. Baca dan fahami gambar di bawah yer tawan tawan.. hehee
Dah baca belum ? Kalau dah baca , sampai sini jer lar Iera nak tulis. Tetiba tangan ni rasa lenguh lar plak..hihi
Sebelum tu Iera nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk semua warga Muslimin dan Muslimat. Jangan ponteng puasa yer.. 










Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Eau De Perfume 25ml

It's an original branded perfume made in France and imported from Dubai. It's an alternative product and designed to your favourite perfume with cheapest price.You can use it for personal use or as a gift to your friends or loved ones. It comes in small sizes which is suitable and easy to bring along in your handbag or while you are travelling.
Kenapa beli Smart Collection 25ml EDP Perfume ?
Saiz mini so murah 
Penggemar perfume dan selalu bertukar-tukar jenis perfume mengikut majlis 
Senang dibawa ke mana-mana (Perfume Pocket) 
Hadiah 
Bau 99.99% asli 
Tahan dari 5 hingga 8 jam berada di dalam aircond dan suhu bilik. Ketahanan bau perfume sebenarnya bergantung kepada suhu badan oleh itu, pemakaian individu adalah berbeza.







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Save Lahad Datu , Sabah ! Save MALAYSIA !!

Assalamualaikum...
Hye hye Blogger semua !! hekhek , buat gedik jap.. Dah lama tak update blog ni gara gara ada penyakit yang tak berapa elok untuk Blogger semua iaitu penyakit MALAS.. hee ~ Dah dah dah ! Jom pakat baca blog ni jap (:
Sekarang ni di Lahad Datu , Sabah tengah mengalami masalah serius. Jom semua , kita sama sama doakan kesejahteraan dan keamanan mereka yang berada di sana. Save Sabah ! Save Malaysia !!

Dalam situasi ini juga , kita perlu berterima kasih kepada perajurit perajurit yg telah terkorban semasa menjalankan tugas di sana. Meraka telah melakukan yang terbaek untuk negara kita , Negara Malaysia ! Saya ucapkan takziah untuk ahli keluarga mangsa yang terkorban di Lahad Datu , Sabah. 
Sama sama kita doakan keamanan untuk negara kita. Pertahankan Negara Kita Malaysia !!






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Allah , Save Gaza !

Assalamualaikum.. 
Selamat Malam My Sweet Buddies 
Dah lama tak update blog ni, agak agaknya dah berhabuk teruk ni..
hashhumm ! hee ~ kan dah kata tadi XXD
Owkey, kita masuk topik kita malam ni ek..
amboii..macam nak mengajar budak sekolah lar plak..hoho
Dah dah dah ! Kita cakap benda yang sangat penting ni.
-->> Kat FB, Twitter, Tagged dan macam macam lagi.. Sekarang duk hangat pasal "SAVE GAZA !"
Umat Islam di Palestin amat memerlukan pertolongan.
So, apa yang mampu kita lakukan ialah hanya berdoa agar 
mereka dapat hidup aman damai seperti kita di sini.
Bila mengenangkan nasib mereka di sana, sungguh sedih sekali.
Kanak kanak, orang tua yang tidak berdosa dan tidak terdaya
untuk melawan serangan Israel Laknatullah menjadi mangsa mereka.
Dan tanpa di sedari semua pun ulas dan cakap pasal Palestin walaupun masalah ini sudah lama berlanjutan sejak berkirun kurun dahulu, tetapi baru kini banyak yang sedar.
Alhamdulillah, ini kerana 'share atas share' dan 'update atas update' atas laman sosial. Tetapi ini adalah atas kesedaran dan usaha kita menyampaikan sesuatu yang patut untuk umat Islam kita di Palestine. Maka, teruskan meng'share' dan meng'update' masalah dan penderitaan saudara seIslam kita di sana.
Jom Jom Jom ! Kita Boikot semua produk yang ada kaitan dengan 
ISRAEL LAKNATULLAH !!!

teruskan berdoa.,!!
::hasilnya mula timbul disini....
Allahu Akhbar..!!!
WAJIB BACA -->KEAJAIBAN DI GAZA...
beberapa jam yang lalu
subhanallah..Allah Akhbar......
Keajaiban di peperangan Gaza

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

# ALLAH BERSAMA KITA...
DOA JGN PERNAH BERHENTII...SAYA BUKAN ORG MALAYSIA,SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG MEREKA...WALAUPUN DENGAN DOA. 

ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR. Titipkan doa untuk GAZA setiap masa.

*COPY AND PASTE










Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Keindahan Seorang Wanita

Siapa Wanita Cantik?

Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah

2.Tersenyum saat tertekan

3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…




Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.


2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.


Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen